Wartawan Panas
Sabtu, 9 Januari 2016
Khamis, 7 Januari 2016
Gadis Ini Berubah Menjadi Seorang Bidadari Selepas Dihina Dan Diejek.
Lumrah dunia dalam kehidupan kita, sudah menjadi adat, ramai antara kita pasti akan memilih yang cantik termasuklah di dalam hal mencari pasangan.
Jika dilihat, di laman facebook sudah cukup, jika facebook tersebut pemiliknya cantik tambah-tambah selalu pos gambar-gambarnya yang 'cantik sangat' tu, pasti ramai para lelaki akan menurunkan komen di posting berkenaan berbanding wanita yang dianggap tidak mempunyai rupa, hanya rakan terdekat akan menurunkan komen, itu pun jika ada DAN sebaliknya juga terjadi jika lelaki itu tidak memiliki paras rupa dan fizikal idaman wanita.
Kerana terkesan kerana sering dihina, diejek dan ditertawa, seorang pemilik instagram bernama safiyaezzati telah membuktikan beliau mampu berubah dan mengubah persepsi masyarakat di mana dalam akaun instagram tersebut dia menunjukkan transformasi dirinya yang cukup hebat. Saksikan
Sebab aku dah lalui liku-liku kena ejek, dihina, dan diketawakan. Aku pilih untuk tutup mulut manusia dgn cara berubah!
Dan sekarang inilah saya...
Segalanya boleh berubah walaupun ada yang mengata kami tak akan ada masa depan .sekarang ,masa untuk buktikan kepada orang yang memandang rendah terhadap kami.
Apa yang pasti, mereka terutamanya lelaki yang mengejeknya dahulu pasti akan menyesal melihat gambar-gambarnya kini, dan yang pasti bila mula menjadi cantik sudah tentu followernya makin bertambah,, apapun yang juga pasti dan pasti dia kini sudah pun berpunya. :)
Dosa Disebalik Trend Tudung Terkini Tanpa Anda Sedar
Dosa Disebalik Trend Tudung Terkini Tanpa Anda Sedar|Memaki tudung bukanlah sesuatu yang baru bagi muslimah wanita islam,namun seiring dengan perkembangan zaman dan teknologi bukan sedikit wanita muslimah yang memakai tudung hanya untuk kelihatan cantik.
Mereka bertudung bukan atas dasar ketakutan atas seksa api neraka sebagai mana yang di jelaskan dalam hadist yang sahih tentang Aurat wanita,mereka wanita mengenakan tudung hanya sekedar trend masa kini agar terlihat islamik.
Persoalannya benarkah cara bertudung mengikut gaya sekarang? dan apa hukumnya?
Apabila wanita Islam dilihat oleh laki-laki yang bukan mahram, dua perkara mesti ada.
Apabila wanita Islam dilihat oleh laki-laki yang bukan mahram, dua perkara mesti ada.
~Pertama, kalau wanita menutup aurat, hendaklah menutup dengan kemas. Jangan aurat ditutup tapi masih nampak aurat-aurat yang lain. Kalau pakaian yang dipakai wanita kelihatan jarang (translucent), maka hukumnya ialah HARAM.
Contohnya baju kebaya yang mempunyai kain yang nipis sehingga menampakkan coli. Ini boleh menyebabkan tergugatnya iman mana-mana lelaki dan akan timbullah fitnah.
Laki-laki yang tahu hadith pun terus lupa hadith. Maka balasan bagi wanita-wanita yang membuka aurat ini, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam berkata bahawa, mereka akan diberi azab oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala di akhirat nanti kerana merosakkan akhlak orang ramai.
~Kedua, janganlah pakaian seorang wanita itu mensifatkan bentuk tubuh, melainkan ‘illa mazaharo minha’ (tidak dapat ditutup). Maka janganlah pakai seluar yang ketat dan nampak bentuk punggung. Hukumnya HARAM dan berDOSA. Tapi bagi pakaian yang menampakkan bentuk bahu, tidak mengapa, kerana pakaian jatuh atas bahu.
Dan bila ia jatuh atas bahu, nampaklah bentuk bahu. Jadi ini bererti ‘mazaharo minha’, ia dimaafkan pada syara’. Wanita memakai baju yang menampakkan dada mereka? Tidak nampak, TAPI bentuk dada nampak. Hukumnya ialah HARAM.
Semoga para wanita yang menghadapi perkara sebegini akan terus bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Banyakkan beristighfar ‘Astaghfirullahal’azim’ kerana Allah Maha Pengampun.
Bersukan untuk wanita Islam tidak salah, tapi biarlah baju itu labuh. Jangan sampai nampak bentuk punggung. Memakai seluar memang boleh, tapi seluar itu mestilah besar dan baju itu labuh daripada punggung.
Bersukan untuk wanita Islam tidak salah, tapi biarlah baju itu labuh. Jangan sampai nampak bentuk punggung. Memakai seluar memang boleh, tapi seluar itu mestilah besar dan baju itu labuh daripada punggung.
Ada orang kata wanita yang memakai seluar hukumnya haram. TIDAKlah HARAM. Yang HARAM ialah BUKA AURAT. Kalau pakai jubah pun, tapi bahagian punggung ada lobang (pesen baru, kalau ada), haramlah.
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” [An-Nur:Ayat 31]
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam kepada Asma’ binti Abu Bakar, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”
[HR Abu Dawud].
[HR Abu Dawud].
9 Langkah Mudah & Bijak Simpan RM110K++ Dalam Masa 5 Tahun. Tidak, Ini Bukan MLM!

Rasanya orang gila je yang tak nak simpan duit kan? Huhu. Lebih-lebih lagi kalau boleh menyimpan dengan jumlah yang banyak walaupun kini negara sedang mengalami kemerosotan ekonomi.
Nah, El Azman ada berkongsi tips dengan anda semua. Cuba lah buat. Eh. Tapi ini bukan skim cepat kaya ye!

Perancangan untuk 5 tahun mendatang terbaharu aku ialah;1. Buat ASB Financing RM200K. Katakan bulanan RM1200 setahun RM14,400.
2. Lepas setahun, katakan dividen diumumkan 7.25% akan dapat RM14,500.
3. Buat pula ASB2 Financing RM200K yang bayaran sebulan RM1100 dan setahun RM13,200.
4. Bayar ansuran ASB2 guna dividen ASB1. Ada lagi lebihan RM1300 (RM14,500-RM13,200) untuk belanja atau disimpan.
5. ASB1 Financing dibayar macam biasa setiap bulan dan ASB2 dibayar menggunakan dividen ASB1.
6. Selepas setahun. ASB2 akan memiliki dividen sendiri. Kita anggarkan kekuatan ASB2 sama macam ASB1. Katakan dividen ASB2 7%. Dan jumlah dividen bakal diperolehi RM14,000.
7. Disebabkan ansuran ASB2 lagi murah, kita bayar ASB2 tiap bulan dan ansuran ASB1 bayar menggunakan dividen ASB2.
8. Layan langkah 7 sampai 5 tahun.
9. Dividen ASB1 dibiarkan compounding dan dividen ASB2 bayar ansuran ASB1.Senang nak faham macam ni, kita guna dividen ASB1 untuk bayar ansuran ASB2 dan lepas setahun dividen ASB2 pula bayar ansuran bulanan ASB1. Dividen ASB1 biarkan compounding. Dividen ASB2 jadikan untuk bayar ansuran ASB1. Jadi komitmen kita masih sama.Lepas 5 tahun kita terminate kita dapat:
ASB1
Dividen terkumpul (48 bulan) : RM62,100
Prinsipal (60 bulan) : RM22,270ASB2
Dividen tahun terakhir: RM14,000
Prinsipal (48 bulan) : RM12,320
Jumlah: RM110,690Dividen terkumpul di ASB1 dikira 48 bulan sahaja disebabkan tahun pertama digunakan untuk bayar ansuran ASB2. Dan pulangan prinsipal pada ASB2 dikira 48 bulan disebabkan usianya 4 tahun manakala usia ASB 5 tahun (60 bulan).Dapat RM110,690 hanya 5 tahun? Perghh..ia bersamaan kau menyimpan RM1844.83 sebulan selama 5 tahun. Itu tak dikira lebihan dividen RM1300 pada tahun pertama lagi. Dah boleh beli Honda HR-V tunai!! Sekarang dah tahu kenapa orang kata jangan beli kereta dulu ataupun beli kereta murah dulu dah kan. Tapi orang bijak dia tak beli kereta mewah, dia melabur hartanah pula. Buat deposit beli rumah. Generate lagi aliran tunai.Amacam faham tak? Ramai orang tanya dengan aku. Dorang ada duit dalam ASB tunai RM50K lah, ada RM20K lah. Tapi tak pandai optimumkan kewangan yang kukuh tu. Duk ingat bank je untung. Kita untung besar lagi.Gaji besar bolehlah buat? Ada je gaji bawah RM2500 tapi dah beli kereta import mahal-mahal. Bulanan RM800-RM900. Campur minyak kereta lagi dah lebih RM1200 sebulan. Hutang sampai 9 tahun. Kalau kau tahan kejap, beli kereta murah ke, 5 tahun kau boleh beli kereta import tanpa hutang dah.Itu baru 5 tahun. Kalau layan sampai habis ASB & ASB2 Financing tu tak ke jutawan? Dah pencen nanti takyah kerja dah.Akhir kata, fahami potensi pelaburan. Naik turun tu asam garam pelaburan. ASB sesuai untuk pelabur suka risiko rendah. Fahami kekuatan kewangan kita, buat kira-kira, setkan matlamat apa yang kita mahu. Jangan main ikut orang jeeeee. Kah!
Rabu, 6 Januari 2016
"Mari Bersemuka Kalau Berani"
Bekas isteri Datuk Rahman iaitu Karen mahu bersemuka dengan Maria Farida tentang isu yang melanda mereka baru-baru ini.
Luahan Karen itu dibuat dalam satu status di facebook miliknya baru-baru ini. Karen mahu bertemu dengan Maria Farida dan memberi jaminan dia tidak akan mengapa-apakannya.
Karen juga mahu Maria Farida tidak menyentuh anaknya.
Ini status Karen:
Selasa, 5 Januari 2016
Ibu Bapa Tidak Sedar Anak Lakukan Hubungan Seks
Ramai ibu bapa tidak percaya bahawa anak-anak mereka pernah melakukan hubungan seks dengan rakan-rakan sendiri, kata Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Dalam Pendidikan Melaka (Magpie), Mak Chee Kin.
Katanya anak-anak muda mungkin berkelakuan baik di rumah kerana kawalan ketat oleh ibu bapa mereka “tetapi perlakuan mereka berbeza ketika di luar”.
Sehubungan itu beliau menasihatkan supaya ibu bapa terlibat dalam mendidik anak-anak mereka khususnya mengenai peruntukan undang-undang dalam kes rogol.
Minggu lalu, The Star melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 51 peratus kes rogol yang berlaku dalam tempoh tiga tahun lalu melibatkan hubungan seks dengan kanak-kanak.
Seksyen 375 (G) Kanun Keseksaan menyatakan bahawa hubungan seks dengan seseorang di bawah 16 tahun dianggap rogol (sama ada dengan atau tanpa izinnya).
“Ibu bapa perlu memperuntukkan masa untuk memantau anak-anak dan rakan-rakan mereka,” katanya.
Ketua Polis Melaka, Timbalan Komisioner Datuk Wira Chuah Ghee Lye berkata ramai pesalah muda tidak menyedari akibatnya.
“Pihak-pihak berkepentingan perlu mengkaji mekanisme untuk mendidik golongan muda mengenai jenayah rogol,” katanya.
Langgan:
Ulasan (Atom)

























