Pada Disember lalu, pelakon Hairul Azreen telah mengumumkan bahawa isterinya, Hanis Zalikha telah mengandung empat bulan di laman sosial miliknya. Semestinya berita itu kegembiraan buat mereka dan juga peminat yang sentiasa mendoakan keselamatan kandungan tersebut.

Memandangkan Hairul Azreen bakal bergelar bapa tidak lama lagi, dia sememangnya teringin untuk menimang cahaya mata lelaki. Tetapi dia tidak kisah sekiranya dikurniakan bayi perempuan asalkan cahaya mata mereka itu selamat dilahirkan.

“Sebenarnya saya teringin anak lelaki, namun saya juga tidak kisah mengenai jantina anak tersebut nanti,” ujar Hairul pada Kosmo! Online.

Hairul yang turut menerima alahan orang mengandung berazam untuk membimbing anaknya ke jalan yang benar. Itu merupakan azam buatnya bagi tahun 2016.

Media Hiburan harapkan segala apa yang dihajati oleh pasangan ini tercapai dan dipermudahkan olehnya
.