Sylvain Distin telah mengakui dia terkejut yang beberapa kelompok peminat Everton rela melepaskan tempat ke Liga Juara-juara bagi menghalang kelab musuh setempat, Liverpool daripada menjadi juara liga. Usaha Everton untuk tamat di kedudukan empat teratas telah menyebabkan dilemma buat peminat kelab pada minggu-minggu terakhir musim.
Anak buah Roberto Martinez melayan kunjungan Manchester City di aksi terakhir mereka pada
3 Mei – mengetahui yang kemenangan akan mengukuhkan peluang Liverpool menjulang gelaran liga pertama mereka sejak 1990. City dan Chelsea adalah dua pasukan lain dengan peluang realistik menghalang impian The Reds.
Manakala Everton hanya satu mata di luar kedudukan kelayakan Liga Juara-juara. Mereka juga mempunyai baki satu perlawanan berbanding pasukan di tempat keempat, Arsenal.
Bek tengah, Distin, 36, mengimpikan bola sepak Liga Juara-juara musim depan, namun telah terkejut mengetahui yang bukan semua orang di Goodison Park berkongsi perasaan serupa. Dia berkata: "Kami dah bincang tentang itu dengan beberapa staf dan berkata: "Apa terjadi jika kita perlu tewaskan City untuk mara ke Liga Juara-juara, tapi disebabkan itu Liverpool menang liga?"
"Yang menariknya, ada orang yang rela lepaskan [bola sepak] Liga Juara-juara selagi Liverpool tak menang liga. Itu gila.
"Secara peribadi saya lebih rela berada di Liga Juara-juara. Anda tak boleh terlepas peluang itu.
Ia bagus untuk bandaraya ini jika kedua-dua kelab mara. Saya rasa jauh di sudut hati kedua-dua
set peminat mahu kelab mereka mara."













