![]() |
| Josip Drmic |
Penyerang Nurnberg, Josip Drmic menegaskan beliau tidak pernah bersetuju untuk perpindahan ke Arsenal, walaupun mengakui 'gembira' bermain untuk the Gunners.
Pemain antarabangsa Switzerland berusia 21 tahun itu menjadi pemain sensasi untuk kelab
Bundesliga tersebut sejak menyertai kelab dari FC Zurich musim panas lepas.
Beliau ketika ini di tempat kedua carta penjaring terbanyak liga Jerman dengan 16 gol, hanya kurang satu gol di belakang penyerang Bayern Munich, Mario Mandzukic.
Laporan di Jerman, mendakwa Arsenal telah pun menyempurnakan perjanjian pembelian dan
Lothar Matthaus, berkerja sebagai pengulas untuk Sky Deutschland, mendakwa isteri pemain
tersebut telah pun mencari rumah di sekitar London.
Namun Drmic menjawab spekulasi itu dengan memberitahu: "Ketika ini saya sendirian dan tiada
siapa yang mencari rumah di London."
Namun beliau enggan menolak kemungkinan perpindahan itu, menambah: "Apa akan berlaku di
masa hadapan, saya tidak tahu. Sesiapa sahaja mengimpikan bermain untuk Arsenal."
Drmic, yang masih ada tiga tahun lagi dalam kontraknya bersama Nurnberg, dilaporkan ada klausa
penjualan kurang dari £5 juta.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan