Rabu, 23 April 2014

Martinez Menyangkal spekulasi Barkley

Pengurus Everton, Roberto Martinez tertawa mendengar idea perpindahan midfielder pasukannya, Ross Barkley ke kelab musuh setempat, Liverpool.
 
Laporan menyebut Brendan Rodgers telah mempertimbangkan tawaran 38 juta pounds untuk pemain England itu, tapi Martinez menegaskan ia tidak akan berlaku sama sekali.
 
Barkley, kelahiran Liverpool, penyokong sejati Everton yang lahir dari akademi kelab, telah menarik perhatian banyak pihak selepas mengukuhkan dirinya sebagai pemain regular Liga Perdana Inggeris musim ini. 
 
Martinez acapkali menyatakan kelab tidak berhasrat menjual pemain berusia 20 tahun itu, menyangkal di awal musim bahawa Manchester United sedang berbincang untuk membuat pembelian sebanyak 50 juta pounds.
 
Beliau berkata: “Menurut spekulasi, kami telah pun menolak tawaran 50 juta dari United, jadi kami tidak akan menerima tawaran 38 juta pounds dari Liverpool.
 
“Saya fikir ia agak menyeronokkan untuk bercakap mengenai spekulasi. Ia menunjukkan betapa bagusnya pemain anda sedang bermain. Ia adalah jenis pujian dalam bola sepak yang memang kami inginkan.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan