![]() |
| Manuel Pellegrini |
Manuel Pellegrini enggan mengakui bahawa Manchester City sudah boleh melupakan kejuaraan liga selepas keputusan seri 2-2 menentang Sunderland dan berikrar berjuang habis-habisan.
Namun pengurus City itu mengakui pasukannya, yang hanya mengutip satu mata dari dua perlawanan liga terakhir dan enam mata ketinggalan di belakang pendahulu liga, Liverpool, ada peluang yang lebih tipis berikutan kegagalan menewaskan the Black Cats yang diancam penyingkiran divisyen.
Dan Pellegrini mengambil contoh dari kempen kemenangan liga City, tahun 2012, apabila mereka enam mata di belakang Manchester United berbaki enam perlawanan dan akhirnya menjuarai liga.
"Peluangnya semakin kurang berbanding sebelum perlawanan," kata warga Chile itu. "Ia sangat penting untuk kami dapatkan tiga mata. Atas sebab berbeza, kami gagal tapi kami berjuang hingga habis-habisan.
"Kami mesti cuba memenangi perlawanan dan kami akan lihat di akhir musim, pasukan mana yang ada lebih banyak mata. Mungkin sekarang Liverpool dan Chelsea ada peluang lebih baik dari kami kerana kami di tempat ketiga tapi kami terus ada peluang.
"Masih ingat lagi pasukan ini dua tahun dulu enam mata di belakang pendahulu dan mereka memenangi akhirnya memenangi liga. Jadi ia sukar tapi ia bukan perlawanan terakhir kami bermain."katanya dengan penuh yakin

Tiada ulasan:
Catat Ulasan