Presiden Boca Juniors, Daniel Angelici yakin Carlos Tevez akan kembali ke
kelab itu sebaik sahaja kontraknya dengan Juventus berakhir.
Tevez memulakan kerjaya profesional dengan Boca sebelum berpindah ke Corinthians pada 2004 dan kemudian menuju ke aksi Eropah.
Selepas tempoh dengan West Ham United, Manchester United dan Manchester City,
striker itu menyertai Juventus pada musim panas lalu dengan kontrak tiga tahun.
Presiden Boca, Angelici kekal berhubung dengan Tevez dan sepenuhnya menjangkakan dia kembali ke Argentina pada 2016 dan menamatkan kariernya di sana.
Angelici berkata, "Kami sentiasa berhubung, Tevez kerap hubungi saya dan kami
bercakap."
"Dia mahu menamatkan kariernya di Boca. Saya yakin dia akan sertai Boca apabila
kontraknya (dengan Juventus) berakhir, dia akan menamatkan kariernya di Boca."
"Dia berjanji kepada saya dia akan kembali, tapi dia tidak akan menjadi pembelian
kami seterusnya kerana dia masih dalam kontrak dengan Juventus."

Tiada ulasan:
Catat Ulasan