Loic Remy sedia untuk menolak Tottenham untuk ke Arsenal musim panas ini, menurut laporan
Spurs juga mensasarkan Remy sebagai pengganti kepada Roberto Soldado yang agak tumpul.
Namun begitu, usaha Spurs mungkin sia-sia kerana Remy dikatakan ingin untuk "menetap" di Emirates Stadium.
Menurut media Inggeris: ’Jika Arsenal berminat, dia akan pergi. Ke mana lagi peminat fanatik Thierry Henry [bekas penyerang Gunners] ingin pergi?’
Sama ada Remy berada dalam perancangan bos Arsenal, Arsene Wenger bagaimanapun adalah
perkara lain.
Penyerang QPR ini telah menjaringkan 13 gol dari kesemua pertandingan setakat musim ini
sepanjang tempoh pinjaman di Newcastle.
Dan Rangers difahamkan ingin mendapatkan sebanyak £15juta untuk melepaskan pemain
antarabangsa Perancis berusia 27-tahun itu musim panas ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan