Ahad, 27 April 2014

Carlos Tevez: Terikat kontrak dengan Juventus sehingga 2016 dan kemudiannya dijangka menyertai semula Boca Juniors

Presiden Boca Juniors, Daniel Angelici yakin Carlos Tevez akan kembali ke 
kelab itu sebaik sahaja kontraknya dengan Juventus berakhir.

Tevez memulakan kerjaya profesional dengan Boca sebelum berpindah ke Corinthians pada 2004 dan kemudian menuju ke aksi Eropah.

Selepas tempoh dengan West Ham United, Manchester United dan Manchester City, 
striker itu menyertai Juventus pada musim panas lalu dengan kontrak tiga tahun.


Presiden Boca, Angelici kekal berhubung dengan Tevez dan sepenuhnya menjangkakan dia kembali ke Argentina pada 2016 dan menamatkan kariernya di sana.

Angelici berkata, "Kami sentiasa berhubung, Tevez kerap hubungi saya dan kami 
bercakap."

"Dia mahu menamatkan kariernya di Boca. Saya yakin dia akan sertai Boca apabila 
 kontraknya (dengan Juventus) berakhir, dia akan menamatkan kariernya di Boca."

"Dia berjanji kepada saya dia akan kembali, tapi dia tidak akan menjadi pembelian 
 kami seterusnya kerana dia masih dalam kontrak dengan Juventus."

Carlos Tevez
Carlos Tevez

Sabtu, 26 April 2014

Formasi Barcelona Buat Neymar Mundur

 Luiz Filipe Scolari
 Luiz Filipe Scolari
Jurulatih Brazil, Luiz Filipe Scolari percaya bahawa Neymar Jr. telah bermain diposisi yang salah buat pasukan gergasi dunia Barcelona tetapi tetap yakin bintang muda Brazil itu boleh beraksi pada tahap yang terbaik pada Piala Dunia nanti.
Pemain berusia 22 tahun itu telah dikritik sejak langkah wang besar dari Santos ke sisi 
Nou Camp, namun Scolari merasakan striker licik itu tidak harus dipersalahkan kerana 
persembahan yang agak biasa setakat musim ini.
"Neymar tak menyinar di Barca kerana mereka bermain berbeza dengan apa yang biasa 
 untuknya," kata Scolari kepada wartawan.
"Dia lebih baik apabila mempunyai ruang, tapi Barcelona buat dia bermain di sebelah kanan."
"Akhbar Sepanyol mempunyai pendapat mengenai Neymar dan media Brazil berkata sebaliknya."

Khamis, 24 April 2014

Chelsea sedia £50 juta buat Diego Costa

Diego Costa
Diego Costa
Chelsea dilaporkan telah mempersetujui perjanjian pembelian £50 juta untuk penyerang Atletico Madrid, Diego Costa, yang akan menyertai mereka pada 30 Jun nanti.
 
Pengurus the Blues, Jose Mourinho tidak merahsiakan hajat untuk merekrut penyerang berkelas dunia musim hadapan dan menurut akhbar Sepanyol, Chelsea telah mencapai persetujuan untuk penyerang kelahiran Brazil tersebut.
 
Costa, akan mewakili Sepanyol di Piala Dunia tahun ini, bakal berdepan Chelsea di separuh akhir Liga Juara-juara dan 32 jaringan gol beliau musim ini dilihat telah meyakinkan Mourinho untuk mengulangi rekod pembelian kelab sebanyak £50 juta.

Iago Aspas Mahu Tinggalkan Liverpool

Iago Aspas mengakui terdesak untuk meninggalkan Liverpool apabila jendela 
perpindahan dibuka usai kempen musim ini.

Penyerang berusia 26 tahun itu baru berpindah ke Anfield tahun lepas dengan harga  
£7 juta dari  Celta Vigo, tapi mendapati sukar untuk berada dalam kesebelasan utama
the Reds berikutan prestasi sensasi  Luis Suarez dan Daniel Sturridge.

Pemain Sepanyol itu hanya ada satu gol dari 14 penampilan untuk pasukan 
Brendan Rodgers musim ini, dijaringkan semasa menang 
2-0 ke atas Oldham di Piala FA.

Dan dengan peluangnya yang terbatas, Aspas mengakui mahu berpindah musim 
panas ini.

"Saya bukannya berusia 20 tahun," katanya.  "Saya tak boleh dipinjamkan dan 
  meledak."

"Saya fikir yang terbaik ialah berpindah ke kelab lain dan saya dapati ia sesuai untuk 
 diri  saya dan kelab."
Iago Aspas
Iago Aspas

Demba Ba "Melihat Dirinya di PSG

Demba Ba
Striker Chelsea, Demba Ba telah mengakui dia menyambut baik satu perpindahan ke Paris Saint-Germain, pasukan yang disingkirkannya dari Liga Juara-juara minggu lalu.
 
Namun begitu, kritikan terbuka terhadap penyerang oleh bos Chelsea, Jose Mourinho baru-baru ini mencadangkan tempoh Ba di Stamford Bridge sedang hampir tamat, dengan pemain itu sendiri menjangkakan dia meninggalkan kelab musim panas ini.
 
Pemain kebangsaan Senegal itu, yang dilahirkan di pinggiran ibu negara Perancis dan  menyokong PSG ketika kanak-kanak, memberitahu akhbar tempatan dia menyambut baik satu perpindahan ke Parc des Princes.
 
"Ya, saya benar-benar boleh lihat diri saya di paris, walaupun jika dimensi baru kelab itu bermakna mereka lebih melihat kepada bintang antarabangsa berharga 60 juta euro berbanding pemain yang dijamin dapat menyumbang berharga 10-15 juta," katanya, sebelum bergurau menambah: "Namun jika PSG mencari seorang pemain yang sesuai dengan Zlatan…"
 
Bekas penyerang Hoffenheim, West Ham dan Newcastle itu juga mendedahkan yang satu perpindahan ke Ligue 1 merupakan satu prospek ketika jendela perpindahan Januari, walaupun salah sebuah kelab pesaing PSG yang menjadi destinasi kemungkinan ketika itu.
 
"Saya tak pernah bermain sebagai seorang profesional di Perancis," kata Ba, 28, yang memulakan karier di kelab amatur, Rouen sebelum berpindah ke kelab Belgium, Mouscron. "Saya fikirkan tentangnya pada musim sejuk lalu. Keadaan mungkin boleh berjaya dengan Monaco pada Januari.
 
"Tapi Kini, jika saya tinggalkan kelab seperti Chelsea, yang di persada kehebatan di kalangan kelab, saya tak boleh buat kesilapan. Tak banyak kelab di atas mereka lagi."

Pellegrini Anggap City masih berpeluang

Manuel Pellegrini
Manuel Pellegrini
Manuel Pellegrini enggan mengakui bahawa Manchester City sudah boleh melupakan kejuaraan liga selepas keputusan seri 2-2 menentang Sunderland dan berikrar berjuang habis-habisan.
 
Namun pengurus City itu mengakui pasukannya, yang hanya mengutip satu mata dari dua perlawanan liga terakhir dan enam mata ketinggalan di belakang pendahulu liga, Liverpool, ada peluang yang lebih tipis berikutan kegagalan menewaskan the Black Cats yang diancam penyingkiran divisyen.
 
Dan Pellegrini mengambil contoh dari kempen kemenangan liga City, tahun 2012, apabila mereka enam mata di belakang Manchester United berbaki enam perlawanan dan akhirnya menjuarai liga.
 
"Peluangnya semakin kurang berbanding sebelum perlawanan," kata warga Chile itu. "Ia sangat penting untuk kami dapatkan tiga mata. Atas sebab berbeza, kami gagal tapi kami berjuang hingga habis-habisan.
 
"Kami mesti cuba memenangi perlawanan dan kami akan lihat di akhir musim, pasukan mana yang ada lebih banyak mata. Mungkin sekarang Liverpool dan Chelsea ada peluang lebih baik dari kami kerana kami di tempat ketiga tapi kami terus ada peluang.
 
"Masih ingat lagi pasukan ini dua tahun dulu enam mata di belakang pendahulu dan mereka memenangi akhirnya memenangi liga. Jadi ia sukar tapi ia bukan perlawanan terakhir kami bermain."katanya dengan penuh yakin

Rabu, 23 April 2014

Martinez Menyangkal spekulasi Barkley

Pengurus Everton, Roberto Martinez tertawa mendengar idea perpindahan midfielder pasukannya, Ross Barkley ke kelab musuh setempat, Liverpool.
 
Laporan menyebut Brendan Rodgers telah mempertimbangkan tawaran 38 juta pounds untuk pemain England itu, tapi Martinez menegaskan ia tidak akan berlaku sama sekali.
 
Barkley, kelahiran Liverpool, penyokong sejati Everton yang lahir dari akademi kelab, telah menarik perhatian banyak pihak selepas mengukuhkan dirinya sebagai pemain regular Liga Perdana Inggeris musim ini. 
 
Martinez acapkali menyatakan kelab tidak berhasrat menjual pemain berusia 20 tahun itu, menyangkal di awal musim bahawa Manchester United sedang berbincang untuk membuat pembelian sebanyak 50 juta pounds.
 
Beliau berkata: “Menurut spekulasi, kami telah pun menolak tawaran 50 juta dari United, jadi kami tidak akan menerima tawaran 38 juta pounds dari Liverpool.
 
“Saya fikir ia agak menyeronokkan untuk bercakap mengenai spekulasi. Ia menunjukkan betapa bagusnya pemain anda sedang bermain. Ia adalah jenis pujian dalam bola sepak yang memang kami inginkan.”

Eden Hazard dilaporkan menjadi sasaran langkah musim panas

Real Madrid sedang membuat persediaan untuk mencabar Paris Saint-Germain dalam menandatangani duo Chelsea, Eden Hazard dan Oscar, menurut 
laporan di Sepanyol.

Laporan mendakwa Carlo Ancelotti telah mengenal pasti duo sebagai dua sasaran 
perpindahan utamanya untuk jendela musim panas ini, dengan spekulasi memuncak 
bahawa Chelsea mungkin perlu menjual untuk meraih tunai bagi membeli striker nama besar dan masih perlu mematuhi peraturan-peraturan Kewangan Fair Play.

PSG telah dikaitkan dengan perpindahan £90 juta untuk dua playmaker, walaupun 
Jose Mourinho berkata tidak kurang daripada £300 juta akan meyakinkannya untuk 
melepaskan Oscar dan Hazard.

Laporan tentang minat Madrid tidak menyebut bakal nilai tawaran, namun Chelsea tidakmungkin menjual duo bintang mereka tanpa menilai semua pilihan lain, terutamanya 
setelah melepaskan Juan Mata kepada United dalam jendela Januari.
Eden Hazard
Eden Hazard

Ahad, 20 April 2014

Josip Drmic Nafi Ada Perjanjian Dengan Arsenal

Josip Drmic
Penyerang Nurnberg, Josip Drmic menegaskan beliau tidak pernah bersetuju untuk perpindahan ke Arsenal, walaupun mengakui 'gembira' bermain untuk the Gunners.

Pemain antarabangsa Switzerland berusia 21 tahun itu menjadi pemain sensasi untuk kelab 
Bundesliga tersebut sejak menyertai kelab dari FC Zurich musim panas lepas.

Beliau ketika ini di tempat kedua carta penjaring terbanyak liga Jerman dengan 16 gol, hanya kurang satu gol di belakang penyerang Bayern Munich, Mario Mandzukic.

Laporan di Jerman, mendakwa Arsenal telah pun menyempurnakan perjanjian pembelian dan 
Lothar Matthaus, berkerja sebagai pengulas untuk Sky Deutschland, mendakwa isteri pemain 
tersebut telah pun mencari rumah di sekitar London.

Namun Drmic menjawab spekulasi itu dengan memberitahu: "Ketika ini saya sendirian dan tiada 
siapa yang mencari rumah di London."

Namun beliau enggan menolak kemungkinan perpindahan itu, menambah: "Apa akan berlaku di
masa hadapan, saya tidak tahu. Sesiapa sahaja mengimpikan bermain untuk Arsenal."

Drmic, yang masih ada tiga tahun lagi dalam kontraknya bersama Nurnberg, dilaporkan ada klausa 
penjualan kurang dari £5 juta.

Dante dikatakan menjadi sasaran Manchester United pada Januari.

Dante
Bek Kental Bayern, Dante
Manchester United dikatakan telah terlepas pemain sasaran mereka iaitu Dante selepas dia menandatangani satu kontrak dengan kelabnya sekarang, Bayern Munich.

Pasukan kendalian David Moyes sedang dikaitkan dengan bek itu pada Januari namun dia telah 
kini menurunkan tandatangan kepada perjanjian yang akan mengekalkannya dengan juara 
Eropah itu sehingga 2017, memberi bayangan laporan mengaitkan Dante dengan United 
mungkin sebagai satu cara dia untuk meraih satu kontrak lanjutan di Allianz Arena.

Namun Manchester United akan berada di dalam pasaran mencari seorang bek tengah baru 
apabila jendela perpindahan dibuka pada hujung musim, dengan Nemanja Vidic disahkan 
menyertai kelab gergasi Itali, Inter Milan. 

Dante berkata: "Ini adalah keputusan terbaik dalam kehidupan saya untuk datang ke Bayern.
"Segalanya di sini adalah baik. kelab, pasukan, menang kejuaraan, suasana. Bavaria adalah kelab 
  terbaik buat saya, tiada kelab yang lebih didunia lagi."

"Disebabkan itu, saya sangat gembira untuk kekal sehingga 2017 di Munich. Saya amat pasti
  kami masih mampu nikmati banyak kegembiraan dan kejayaan dengan pasukan kami pada 
  tahun-tahun mendatang ini."

Huntelaar lengahkan rundingan kontrak dengan Schalke 04

Klaas-Jan Huntelaar
Klaas-Jan Huntelaar
Klaas-Jan Huntelaar mendedahkan dia tidak akan mempertimbangkan kontrak baru di Schalke sehingga selepas Piala Dunia musim panas ini.
Perjanjian semasa pemain berusia 30 tahun akan tamat tempoh pada 2015 dan kelab Gelsenkirchen teruja untuk mengikat pemain bintang mereka ketika mereka cuba membina untuk musim depan.

Namun, Huntelaar komited untuk fokus mengakhiri kempen dengan berjaya dan bukannya terganggu dengan rundingan tentang lanjutan kontrak.

"Saya berasa baik di Schalke, tapi saya tak tahu apa yang akan berlaku," kata Huntelaar.

"Kami perlu mencapai sesuatu musim ini sebelum kami bercakap tentang masa depan. Ia akan berlaku selepas, bukannya sebelum Piala Dunia."

"Kami cuba untuk memenangi empat perlawanan terakhir dan dengan menewaskan Borussia Dortmund untuk menamatkan musim selaku naib juara."
Huntelaar telah melalui kempen dilanda kecederaan, namun bekas bintang Real Madrid dan Milan masih mampu mengagumkan dengan 11 gol dalam 15 penampilan untuk skuad Bundesliga Jens Keller.

Jumaat, 18 April 2014

Loic Remy dilaporkan ingin menyertai Arsenal

Loic Remy sedia untuk menolak Tottenham untuk ke Arsenal musim panas ini, menurut laporan
Spurs juga mensasarkan Remy sebagai pengganti kepada Roberto Soldado yang agak tumpul.

Namun begitu, usaha Spurs mungkin sia-sia kerana Remy dikatakan ingin untuk "menetap" di Emirates Stadium.

Menurut media Inggeris: Jika Arsenal berminat, dia akan pergi. Ke mana lagi peminat fanatik Thierry Henry [bekas penyerang Gunners] ingin pergi?

Sama ada Remy berada dalam perancangan bos Arsenal, Arsene Wenger bagaimanapun adalah 
perkara lain.

Penyerang QPR ini telah menjaringkan 13 gol dari kesemua pertandingan setakat musim ini 
sepanjang tempoh pinjaman di Newcastle.

Dan Rangers difahamkan ingin mendapatkan sebanyak £15juta untuk melepaskan pemain 
antarabangsa Perancis berusia 27-tahun itu musim panas ini.

Loic Remy

Rabu, 16 April 2014

Barcelona mengesahkan bahawa mereka telah menandatangani bintang yang semakin meningkat, Alen Halilovic dari Dinamo Zagreb.

Barcelona mengesahkan bahawa mereka telah menandatangani bintang yang semakin meningkat, Alen Halilovic dari Dinamo Zagreb.

Halilovic telah lama berada dalam radar beberapa kelab utama Eropah, dengan Manchester City difahamkan turut di kalangan mereka yang memantau rapat pada masa lalu, sebelum Barca meningkatkan minat mereka terhadap pemain tengah menyerang itu awal musim ini selepas menghantar satu delegasi ke Croatia untuk menawarkan satu perjanjian.

The Blaugrana bagaimanapun akhirnya memenangi perlumbaan untuk mendapatkan 
tandatangan pemain berusia 17 tahun itu, apabila bersetuju untuk kontrak lima tahun dengan
produk akademi Dinamo tersebut menerusi bayaran permulaan sebanyak 2.2 juta, yang boleh meningkat 
berdasarkan insentif.

"Adalah sukar mencari perkataan untuk menggambarkan bagaimana perasaan saya rasa," kata Halilovic. "Terima kasih kepada Dinamo, yang akan sentiasa kekal dengan saya sebagai cinta pertama saya dan kelab di mana saya mula-mula merealisasikan impian saya."

"Saya ingin mengucapkan terima kasih semua jurulatih di akademi Dinamo, dan semua 
penyokong." 

"Sudah tentu, Barcelona sesuatu yang istimewa. Ia adalah kelab yang saya sayang sejak saya 
masih kecil dan saya berasa bangga kerana mempunyai peluang untuk bermain buat mereka." 

"Pertama sekali, saya mahu memenangi dua piala bersama Dinamo, dan kemudian melibatkan 
diri dengan kelab baru saya."

Digelar 'Balkan Messi' oleh sesetengah penyokong, Halilovic telah mengukuhkan reputasi sebagai salah satu prospek paling cerah di benua Eropah sejak kali pertama beraksi ketika berusia 16 
tahun pada tahun 2012.

Dia kemudian menjadi penjaring gol termuda Crotia di divisyen teratas pada musim luruh, 
sebelum membuat penampilan pertama dalam aksi Liga Juara-juara menentang Porto.

Halilovic, yang turut menjadi pemain termuda tersenarai dalam skuad Croatia pada tahun 2013,
sebelum ini dilaporkan telah menarik minat Manchester United, Real Madrid dan Tottenham, 
selain City dan Barcelona.
 Alen Halilovic dari Dinamo Zagreb